Panduan Bot
Status HD
Gambar & Video kekal tajam di Status WhatsApp
Kenapa perlu botBot ni untuk apa?
Upload video atau gambar terus ke Status, WhatsApp akan compress. Jadi kabur, pecah, warna pudar. Bot KarlHeshdi proses dulu fail anda, supaya Status kekal HD. Langkah penuh ada dalam Cara guna.
Boleh video & gambar, sehingga 1080p dan lancar sampai 60fps. FREE boleh cuba 3 kali. PAID RM10/bulan, unlimited 24 jam.
BezaTanpa bot vs Guna bot
| Perkara | Tanpa bot | Guna bot |
|---|

Seret pemegang untuk banding · tangkapan skrin Status sebenar
StatistikDah diproses untuk pengguna
Nombor sebenar dari bot, dikemas kini sendiri.
Tekan bar untuk lihat jumlah
HargaFREE vs PAID
Dua-dua kekal HD. Bezanya pada had, giliran & kelajuan.
- Quality HD
- 3 kali cuba sahaja
- Fail maksimum 100MB
- Tunggu giliran untuk disambut
- Tunggu bila bot sibuk
- Compress video sendiri
- Quality HD
- Unlimited 24 jam, sebulankecuali semasa maintenance
- Fail sampai 150MB
- Terus dilayan, tiada giliran
- Diproses dulu (keutamaan)
- Bot compress Telegram percumasampai 2GB, kekal HD
- Peringatan sebelum langganan tamat
Order sekarangBorang order
Isi nama, no telefon dan email, lepas tu tekan hantar. Order terus masuk ke WhatsApp admin, dan admin akan balas dengan cara bayaran.
- 1Tekan butang hijau di bawah
- 2Mesej order dah siap ditulis dalam WhatsApp
- 3Tekan butang HANTAR ➤ dalam WhatsApp
WhatsApp tak terbuka? Tekan "Salin mesej", buka WhatsApp, kemudian tampal dan hantar ke 011-5343 1512. Silap isi? Ubah maklumat
Cara guna botPoster hidup: ikut 6 langkah
Save dulu
nombor bot
Wajib, supaya video sampai
Hantar sebagai
DOKUMEN
Bukan video biasa
Hantar 1 per 1
Tunggu bot siap dulu
Jangan save
video hasil bot
Save ke galeri = kualiti jatuh
Terus FORWARD
ke Status. Jangan save ke galeri dulu.
Forward ke
Status HD
iPhone: macam biasa
Status anda
kini HD
Ada soalan? DM admin
Jangan save video hasil bot
Terus FORWARD ke Status. Save ke galeri dulu akan jatuhkan kualiti.
Forward macam biasa ke Status
Matikan auto-download sekali, lepas tu download → cancel → forward
Soalan lazimAda yang keliru?
Kenapa video saya jadi terlalu terang?
Fail saya lebih 150MB, macam mana?
Kenapa kena hantar sebagai DOKUMEN?
Boleh hantar gambar juga?
Boleh edit video lepas dapat dari bot?
Bot tak balas?
Sila bacaTerma & Syarat
Peraturan ringkas untuk semua pengguna KarlHeshdi. Sila baca sebelum membuat order.
Baca 17 terma & syarat
Langganan & bayaran
- 1.Harga. Pakej PAID ialah RM10 untuk 30 hari, bagi satu nombor WhatsApp. Harga boleh berubah dari semasa ke semasa; harga yang terpakai ialah harga yang admin sahkan semasa membalas order anda.
- 2.Pengaktifan. Langganan bermula selepas admin sahkan bayaran dan daftarkan nombor anda. Tempoh 30 hari dikira dari waktu itu. Sepanjang tempoh ini bot boleh diguna tanpa had, 24 jam sehari, kecuali semasa maintenance.
- 3.Tamat & sambung. Kami hantar peringatan 24 jam sebelum langganan tamat. Langganan tidak bersambung sendiri; untuk teruskan, buat bayaran baru kepada admin.
- 4.Refund. Bayaran yang dah dibuat tidak dipulangkan. Pengecualian hanya untuk masalah yang berpunca daripada pihak kami, dan keputusannya di tangan admin.
Penggunaan bot
- 5.Save nombor bot. Simpan nombor bot dalam contact sebelum mula guna. Ini membantu elak nombor bot disekat oleh WhatsApp.
- 6.Cara hantar. Hantar video atau gambar sebagai Dokumen, supaya bot terima fail asal tanpa dicompress. Hasil sehingga 1080p dengan fps ikut video asal.
- 7.Saiz fail. Had setiap fail ialah 150MB. Fail yang lebih besar boleh dikecilkan dulu guna bot kompress Telegram yang disediakan untuk pelanggan.
- 8.Satu demi satu. Hantar satu media dan tunggu ia siap sebelum hantar yang seterusnya. Media yang dihantar semasa bot masih memproses akan diabaikan. Had penggunaan ialah 15 media sejam bagi setiap nombor.
- 9.Hasil akhir. Kualiti hasil bergantung pada fail asal. Video yang memang kabur atau gelap tidak akan jadi lebih tajam selepas diproses.
Privasi & kandungan
- 10.Pemprosesan media. Media anda sampai kepada kami melalui WhatsApp dan diproses di komputer kami sendiri. Kami tidak menjual atau memberi media anda kepada mana-mana pihak lain.
- 11.Penyimpanan. Fail anda dipadam sebaik sahaja hasilnya dihantar balik. Kami cuma simpan rekod ringkas (nombor, masa, mesej, jenis dan saiz fail) untuk semakan dan bantuan pelanggan.
- 12.Tanggungjawab kandungan. Anda bertanggungjawab ke atas setiap media yang dihantar. Kandungan lucah, ganas, menyalahi undang-undang atau milik orang lain tanpa izin tidak dibenarkan.
- 13.Dokumen peribadi. Bot ini dibina untuk Status WhatsApp. Jangan gunakannya untuk gambar IC, kad bank, slip gaji atau dokumen sulit lain.
Lain-lain
- 14.Gangguan servis. Bot boleh berhenti sementara kerana update, masalah teknikal atau jika nombor bot disekat WhatsApp. Info terkini dan nombor baru akan diumumkan dalam group Info Karl HD.
- 15.Bukan milik WhatsApp. KarlHeshdi ialah perkhidmatan bebas dan tiada kaitan dengan WhatsApp atau Meta. Perubahan pada WhatsApp boleh menjejaskan cara bot berfungsi.
- 16.Sekatan akses. Admin boleh menggantung atau menamatkan akses mana-mana nombor yang menyalahgunakan bot atau melanggar terma ini, tanpa refund.
- 17.Kemas kini terma. Terma ini boleh dipinda bila-bila masa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di laman ini.
Dengan membuat order atau menggunakan KarlHeshdi, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma di atas.Kemas kini terakhir: 15 November 2026
Hubungi adminAda soalan? DM saya
Biasanya balas dalam beberapa jam.




